Blog Fendi Islam: 'Awak Tunjuk Sangat Awak Nak & Suka'

G.E.N.G

June 3, 2012

'Awak Tunjuk Sangat Awak Nak & Suka'



hai gadis! as'salam. dah maghrib belum? maghrib lah dulu kalo belom.. dah nak isyak nanti.. ingat tak nak coret apa2 untuk masa terdekat nih. nak fokuslah konon. kuang2.

oh! tidak tahan. saya tidak boleh tahan. haha. saya harus menulis. semalam adalah catatan pertama yang saya tidak coret apa2 kat blog. saya sekadar repost balik entry yang lama2. hehe.

termangu melihat idea yang mencurah2. semua aku tulis kat kertas dulu. haha. dan meh sini cakap pasal gadis yang terlalu tunjuk sangat suka kat seseorang. dan bukan gadis sahaja. jejaka pun! kuang2.

bila gadis tunjuk sangat: 

  1. dia akan view profile facebook jejaka sehari sekali. (tak tengok tak boleh buat kerja lain)
  2. kalau si jejaka dah buat status macam mana skali pun, dia akan like. (eyh, tapi tak semestinya. kalau lepas nih tibe2 dia jarang like pulak, nampak sangat dah bace post nih) haha.
  3. mesti update status dan share benda2 pasal nak kahwin. lagi best si gadis terus je share kat wall jejaka dia suka. kuang2.
  4. mesej or chatting tanya khabar. padahal baru jumpa kat kelas tadi. or kat tempat kerja.
  5. mai aih! dah mula melaram. pakai cantik2. kuang2. (demi jejaka yang dia suka. kalau jejaka tuh konpem datang kelas or kerja or majlis apa2, lagi lah lawa si gadis nih. tudung pun 5 lapis. tak de hal)  hehe.
  6. suka share masalah kat jejaka yang dia suka tuh. hehe. walhal masalah peribadi. ha.. (ambik kau! profesionallah wahai jejaka.)
  7. mintak tolong hal2 kecik pun mestilah pada jejaka tuh. haha. contohnya, 'awak, esok meeting pukol berapa? bos datang tak?'. haha. padahal dah meeting skali harituh. mengelamun.
  8. marah dah tak suka siapa2 burukkan jejaka yang disukai. hehe. (semua lah baik pasal jejaka tuh. hahai)
  9. bangun pagi2 sebelum gi kerja or kelas, sanggup masakkan kuih untuk jejaka. haha. mula2 gurau je nak rasa masakan. hambik! bagi betul2. makan je lah jejaka. rezeki.
  10. dalam doa gadis, pasti terlintas untuk menerima jodoh seperti jejaka yang diidamkan. insyallah. amin.
bila jejaka tunjuk sangat:

  1. jejaka akan view semua gambar2 si gadis yang baru upload. (mulut senget ke, pipi tembam ke. dan sebagainya.) haha. 
  2. dah lepas view tuh, takkan duk saja. mestilah click butang like! kuang2. like secara pukal. semua gambar. kalau satu album yang ada, semua sekali kena like.
  3. dah lepas like, komen lah sikit. at least mesti letak emot { :) }. wah! terharu. nak best lagi. 'cantiknya awak.' 'lawa', 'nice'. haha.
  4. kalo pergi mana2, lepak ngan member pun mesti rasa nak mesej2. mesti nak ada connection. haha. tak cukup bbm, whatup, chat, ym, dan sebagainya. janji dapat 'connect'.
  5. bila dah si gadis buat status kecewa or sedih, jejaka nih lah yang 1st2 like. pastu komen sikit. 'nape?'. hehhe.. (lepas nih, kalau jejaka mana yang dulu selalu like, lepas tuh dah tak like, nampak sangat dah dia nak kat awak gadis. haha. siapa suruh baca post nih.)
  6. selalu tawarkan bantuan. ringan gila tangan jejaka. belikan nasi. belikan itu. belikan ini. beruntunglah gadis kalau siap dapat topup free pastuh jejaka cakap 'takpe.. saya sedekah..' haha.
  7. time makan, jejaka ajak2 berbual kosong sambil makan. nakkan peneman. so, pergi jelah gadis kalau awak suka jugak. haha. jaga batas sudah. kuang2.
  8. mesti test game2 yang belambak2 kat facebook tuh. 'apa perasaan anda sekarang', 'wajah gadis idaman hati anda', 'bilangan anak yang anda inginkan', tarikh kahwin yang sesuai untuk anda', 'honeymoon anda bersama yang tersayang'. hah! tanda lah tuh.
  9. bila ada masalah, jejaka yang tak ego akan mudah bercerita pada gadis dia suka. yang dia rasa percaya. (so, pinjam lah telinga si gadis tuh. lama2 gadis pulak suka. oshem)
  10. sebelum tidur, bangun pagi, dan sebagainya. 'morning awak..' 'nite awak.. take care..' kalau dah take care tuh, sah2 lah. haha.
haha. lepas anda2 dah baca, apa anda fikirkan? hehe. andakah ramai sangat insan2 anda rasa anda nak? anda suka? pergh! atau anda rasa anda tak ada siapa2? alahai.

ambik masa. fikir2 jap. renung2 jap. dan komen ah sikit. haha. kalau tak komen, macam betullah pulak kan? haha. 




Comments
11 Comments

11 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

kalau dah suke segala gamabr post akan distalk nye kn???heheh

*dari pengalaman

En Tapi said...

en AFA: yup2.. betul.. silap2, "save as" hahah..

Suliza Saiful said...

menakotkan...huhuhu... ^^,v

En Tapi said...

cik suliza: heee.. chill..

NadiRah said...

errkk...en tapi ngah angau ye?? huhu

Suliza Saiful said...

en tapi : mungkin en tapi yg banyak peminat ni.. huhuhuu..

En Tapi said...

cik itik: haha. sy angau dengan blog. bukan ngan org.. hahah..

cik suliza: haha. itu saya tidak tahu. Allah lebih tahu..

nuurellajamuri said...

haha..nice.take care en Tapi..bhahaha ;p

En Tapi said...

cik nuurel: haih! perli apeh? kuang2.. ><

IQ = Iez Qis said...

dlu aku camtu.....skrg tidak lgi...heeee

En Tapi said...

col iq: ye lah.. dah melekat skunk.. memang lah tak lagi.. haih.. siap kursus kahwin.. >< gud2.. ><

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...