Blog Fendi Islam: Perlu Tahu Adakah Jin Bersama Kita

G.E.N.G

June 7, 2012

Perlu Tahu Adakah Jin Bersama Kita

as'salam. pagi. En Tapi nak kongsi satu perkara. tak ada orang yang minta untuk berdamping dengan jin. apatah lagi mencintai dan menyayangi jin. opkos manusia dicipta berpasang-pasangan. hehe.

kalau kita tinggal bersama jin ia masih tidak mengapa. tapi bagaimana jika jin tinggal bersama kita di dalam badan? oh. agak teruja En Tapi baca dan kaji serba sedikit benda nih.

En Tapi dah taknak fikir lebih2 soal nih. pengalaman mengajar kita. dan kita tak duga kalau jin tuh nak duduk dalam badan kita. tapi, mungkin kerana kita sendiri yang sering bergelumang dengan dosa. haruslah jin itu suka.

dan aku sendiri pernah mengalaminya. belum bersedia share lebih2. hahai.

  1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  19. Malas beribadat.
  20. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  21. Panas baran.
  22. Sikap berubah secara mendadak.
  23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  24. Suka melakukan tabiat buruk.
  25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  26. Kerap keguguran.
  27. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  28. Mengantuk bila dengar al-quran.
  29. Bermimpi seram yang menakutkan.
  30. Darah haid turun lebih 15 hari.
  31. Batuk yang berpanjangan.
  32. Selalu ditindih ketika tidur.
  33. Kuat berangan.
  34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  35. Nafsu seksual yang melampau.
  36. Selalu melihat kelibat dirumah.
  37. Terasa diri selalu diperhatikan.
  38. Mandul.
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  40. Melihat jin secara terus.
  41. Sakit mental atau gila.

apa yang aku besarkan sikit tuh adalah pengalaman dalam hidup. bagaimana anda? jika anda pernah alami, mari berkongsi. dah ada cara untuk mengesan jin di dalam badan.


sungguh aku pernah dilakukan ujian ini. namun bukan dengan sengaja. tanpa sengaja ia dikesan. jika anda: 

  1. batuk, 
  2. berpeluh-peluh, 
  3. terasa mual, 
  4. jantung berdegup kencang, 
  5. terasa berdebar-debar, 
  6. ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, 
  7. sendawa, 
  8. mengantuk, 
  9. pening dan 
  10. menguap, 

maka sahlah badan anda dihuni JIN.

ya! aku besarkan semua list kat atas! semua! oh! haram jadah punya jin. bagaimana aku dikesan? coming soon aku cerita. er.. er.. memang nih sebab aku payah nak sehat2. namun, insyallah. nasihat yang diberi orang2 lebih tahu tentang ini aku cuba ikuti. dekatilah dengan amalan kebaikan.

usah tinggal bacaan Al-Quran walau sehari. jika anda dah tahu anda didampingi, takkan anda biarkan sahaja. jin nih bukan boleh bantu anda bahagia dunia akhirat pun. ingat Allah swt sentiasa ada. 

takut? gelisah? sabar. usah rasa begitu. sekian. selamat beramal.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...