Blog Fendi Islam: 15 Cinta Tapi Tak Luah

G.E.N.G

May 23, 2012

15 Cinta Tapi Tak Luah


as'salam. dah makan belum? erk.. kenyang sudah nih. memang terbaik lah mak jah! tak pernah kecewakan En Tapi dengan masakannya! yuhu! best gila! penuh pinggan nasi nya.

cinta tapi tak luah? bukan cerita cinta mak jah. cinta sesama manusia lain. ramai orang macam nih. jom share kenapa orang yang cinta tak luah? hehe. mungkin merana juga jiwa dan raga orang tersebut: kenapa tak luah?
  1. tak yakin dengan diri sendiri sama ada gadis atau jejaka. (makan pil confident)
  2. seorang gadis menunggu jejaka meluahkan dahulu dan sebaliknya. (i nak dia luahkan dulu kat i.)
  3. sepatutnya, jejakalah yang luah dulu. takkan gadis pulak. hehe. (masing2 memang ada ego)
  4. seseorang merasakan ada yang lebih baik untuk si dia. (terlalu merendah diri.)
  5. si dia terlalu sukar untuk difahami buat masa sekarang dan perlu simpan dulu luahan tersebut. (si dia banyak masalah. yang mengundang masa yang lama. sakit, masalah famili etc.)
  6. risau akan ditolak atau direject. (malu dengan kawan2 kalau kena reject. hehe.)
  7. malu dengan diri sendiri yang tidak memenuhi kriteria untuk meluahkan cinta pada si dia. (rasa diri kekurangan. tak kaya. tak ada kereta. tak kerja.)
  8. si dia terlalu high maintenance atau terlalu hot chocolate. (ramai sangat dah minat dia. anak orang kaya pulak tuh. mana lah aku layak)
  9. merasakan belum sampai masa kerana sedang belajar. (kuatkan diri untuk fokus belajar. takut mengganggu si dia yang tekun study.)
  10. si dia menjadi hak milik orang lain dalam facebook. (in relationship with. tunggu clash lah kalau macam tuh. haha.)
  11. pengaruh rakan yang masih mampu bertahan single. (perlu ke tak perlu ada pasangan. masih tidak yakin dengan diri sendiri.)
  12. sanggup memerhati si dia dari jarak jauh. mengenali dari jarak jauh. menilai dari jarak jauh. (kuatkan diri dan bertahan untuk tidak lafaz.)
  13. ego yang menjunam tinggi. dulu selalu gaduh. then, kawan baik. then, dah terjatuh cinta. takkan nak luah? (tak boleh jadi.)
  14. menurut jodoh dari ibu bapa. tak sanggup nak kecewakan mereka. simpan sahaja rasa cinta pada orang lain. asalkan famili bahagia.
  15. pengalaman meluahkan yang ngeri. (dah luah2, kena tampar ngan si dia. tak moh dah. hehe.)
yeah! serba sedikit mungkin logok dan mungkin tidak. bergantung pada anda. perlu ke anda luah? ke anda dah luah? apa anda rasa? hehe. moga pilihan jalan hidup kita semua tidak melalaikan.

cintailah sesama manusia apabila telah kita mencinta Allah dan rasulNya.. amin. inilah sebaik2 cinta. jika niat yang murni dag nak jadikan isteri dengan si dia, jalankan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi. hehe.


Comments
8 Comments

8 comments:

Anonymous said...

Is it u da one?

En Tapi said...

cik anony: oh.. saye memang tak luah pun.. sbab cinta saya limited edition.. hehe..

MissRI said...

13.Ego yang menjunam tinggi. dulu selalu gaduh. then, kawan baik. then, dah terjatuh cinta. takkan nak luah? (tak boleh jadi.)

Yes..penah de pengalaman yg ni..now,bru tau..that guy kate,takut brtepuk sbelah tgn n pd mse yg sme,dye da de teman disisi,so abaikan je prasaan yg bru dtg tu..

En Tapi said...

cik missRi: ya.. betul tuh.. abaikan. sebab mungkin akan temui yg lebih baik. kalau sungguh ada jodoh ngan laki tuh pun, akan ada cara penemuan yg tebaik ikit perancangan dia. amin

emi said...

"dan kita merancang, dan Allah merancang, dan perancangan Allah yg lebih baik"

En Tapi said...

emi: yep.. betol tuh..

MissRI said...

Yup..InsyaAllah~ Amin...

En Tapi said...

cik missri: amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...