Blog Fendi Islam: Senang Gila Buat Cheese Cake

G.E.N.G

May 16, 2012

Senang Gila Buat Cheese Cake


sapa tak suka cheese cake? ok, sila pangkah page ini. hehe. jap. baca lah dulu. tak banyak pun. pergh! resipi nih mudah gila. kalau aku ada kat rumah, memang berhawa ah dapur bujang kat rumah. haha.

cheese cake nih macam2 reka bentuk dan reka rasa orang buat. macam2 rasalah. hehe. tapi, base dia tetap cheese! so, hopefully anda ada deria rasa yang begitu gemar kepada cheese. simple gila je nak buat rupanya. 

Bahan-bahan:
  1. 250g cream cheese
  2. 200ml fresh cream/plain yogurt
  3. 90g gula
  4. 3 sudu besar tepung gandum
  5. 2 biji telur
  6. jus lemon
Cara nak buat:

baca bismillah dulu.
adunkan semua bahan kat atas nih. hingga sebati.
sambil2 tuh, panaskan oven 170 darjah celsius. (kalau nak bakar)
panaskan air dalam pengkukus. (kalau nak kukus)
sapukan loyang/bekas bentuk dengan butter.
tuangkan campuran bahan semua tadi ke dalam loyang/bekas.
bakar 30-45 minit.
kukus 45-60 minit.
apabila kek sudah masak, simpan dalam peti ais satu malam.
anda boleh sapukan jem strabery, tabur milo ke, chip ke, apa2 je lah. sebagai penambah perisa. ok. done.





kalau agak2 dah sedap rasanya, boleh lah buat dalam kuantiti yang lebih besar. dan jadikan diri anda creative. hehe. selamat mencuba. sumber utama i luv islam.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...