Blog Fendi Islam: Macam Mana Nak Tesis 'A'

G.E.N.G

May 2, 2012

Macam Mana Nak Tesis 'A'


selamat petang semua! haha. ngantok boleh tahan jugak petang-petang macam nih. dah la cuaca pun redup je nih. layan pulak dengan hal tesis. bercakap pasal tesis, mesti ramai fikir susah lah. rumit lah. nope! sikit pun tak! haha.

sebenarnya, tesis nih senang. sangat senang. sebab apa senang? banyak jawapan sebab apa tesis nih senang. kalau selalu fikir susah je, memang susah la si tesis nih. so, sebab apa senang?
  1. tajuk yang anda minat. (parah kalau orang lain minat. nak-nak lecturer seorang minat)
  2. anda buat kerja ikut masa dan jadual yang betul. (bukan jadual anda padat dengan main bekminten sahaja. haha)
  3. tak complicated punya tajuk. (berbelit-belit sangat pun susah.)
  4. lecturer pun familiar dengan tajuk. (lecturer pun orang jugak. dia mesti kena tahu serba sedikit. senang nak fahamkan mereka)
  5. faham kaedah nak analisis awal-awal. (study lah buku-buku kat library tuh!)
  6. lokasi kawasan kajian senang nak pergi. (tak ada lah sampai ke singapore bagai. haha)
  7. usah terlalu nak capai A (nih pun payah jugak. 100% fikir A, mampuslah. cuba fikir, 100% siap. hehe. A ke tak second punya hal.)
hah! tu sebab apa senang. dan macam mana pulak nak dapat A? haha. ada cara dia. tapi En Tapi tak fikir A ke tak pun. usah salah faham. tak pernah submit pun lagi. namun (tak boleh guna tapi), cara nih standard lah:
  1. anda mempunyai printer yang laju dan hebat. (haha)
  2. anda ada satu tajuk tesis. (jangan dua. nanti keliru atau grade dua kali.hehe)
  3. anda betul-betul paham apa anda buat. (usah faham orang lain buat)
  4. memahami isu dan masalah kajian anda. (buat-buat macam anda masyarakat dalam kawasan kajian anda.)
  5. anda mahir secara teorikal akan tajuk anda. (gigih download semua PDF yang ada dalam dunia nih.)
  6. sangat familiar dengan lokasi kawasan kajian anda. (kalau anda lahir kat situ lagi baik.)
  7. anda tahu data apa yang anda nak kutip masa buat soal selidik. (ingat! usah sesekali survey 'nama responden?' haha)
  8. anda tahu teknik analisis yang sesuai untuk data anda. (banyak. tak sangkalah En Tapi)
  9. anda tahu memanipulasikan hasil analisis. (haha. main cross-cross. macam-macam lagi lah.)
  10. anda cekap dalam menaip dan menggunakan (spss, excel pun ok dah. haha.)
  11. tahu apakah cadangan yang bakal anda sembang selepas itu. (bayangkan anda ada 100 billion untuk selesaikan isu dan masalah anda.)
  12. anda tahu kat mana nak print murah dan berkualiti (yang penting lazer jet. dan hard cover dalam mase beberapa jam sahaja)
ok. dah. tuh sahaja. azan asar dah berkumandang tadi. marilah solat. mohon petunjuk dan kekuatan. amin. tak dapat 'A' mesti sebab lupa nak bayar masa printing. hehe. 


Comments
2 Comments

2 comments:

Anonymous said...

not working with me . .

Unknown said...

oh.. tu la.. tak semua orang akan working dngn menda nih.. awak nak A ke? hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...